Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:| Gushcloud |:.

Mama

Agaknya berapa ramai yang setuju kalau mama kata time 1st pregnancy adalah pengalaman yang paling paling best dalam hidup semua ibu ibu & bakal bakal ibu di dunia?
Best...
Mama tak tipu best sangat, walaupun selalu muntah muntah / alahan yang teruk, selalu meragam.
                                                     *nanti papa macam ni ke*

Tapi, paling best bila dapat layanan yang paling tip top dari papa. Terbaik la papa. Rupanya baru mama tau papa ni caring sangat. Thanks papa sebab layankan tekak mama, perangai mama dan paling penting leteran mama. Terima kasih untuk yang mendoakan mama ye. 
****Mama tak sabar nak ada baby bump!

Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Bila cakap

Mungkin sebab kita diam, makin menjadi jadi pulak perangai dia.

Tahu. Awak HOT. Ramai keliling pinggang.
Tapi takkan bila setiap kali awak tukar pasangan hidup, awak perlu cerita kisah cinta awak dengan pasangan lama awak yang tak menjadi tu. Mencanang kononnya dia kejam pada awak dan pasangan yang dipilihnya tu la penyebab hubungan yang tak terjalin tu. Cakap dah move on. Jadi buat cara dah move on.

Itu baru hal cerita dekat pakwe, belum lagi isu cerita dekat member member. Aib orang jangan dibukak sangat. Takut tak tertutup aib sendiri nanti. Kawan kawan pun bukan main, melebih lebih dari orang yang menanggung. Setakat jadi pendengar cukup la. Tak payah mengapi api. Jadi kawan pliz, jangan jadi syaitan.

Ingat.
Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui.
Cukup cukup la.
Takut tak tertanggung dosa memfitnah orang nanti.


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Mama paling excited

'Bila lagi nak dapat baby ni, time muda muda macam ni laa dah kena usaha untuk dapat baby'

Mama sedih bila setiap kali orang ajukan soalan soalan  yang berkaitan bila nak dapat anak. Mama yang baru kawen tak sampai setahun pun sedih bila kena soalan macam ni, apatah lagi yang dah kawen bertahun tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak.

Papa selalu pesan, 'sabarlah, rezeki kita belum sampai, mungkin sebab Allah s.w.t sendiri tau yang kita masih belum mampu nak stabilkan rumah tangga kita, sebab tu dia belum kirim rezeki anak untuk kita, jangan sedih, sabar'. Masa mula mula dulu mama selalu nangis kat papa, sedih bila tengok kawan kawan yang kawen kemudian dari kita dah ada baby. Tapi papa rilex je, senyum. Dan macam biasa terus pujuk dan bagi nasihat. Sian papa jenuh layan kerenah mama.

Kitorang kawen tahun lepas, tak pernah plan untuk rancang keluarga. Memang sentiasa mencuba untuk rezeki anak. Alhamdulillah, mungkin betul kata papa, berkat sabar mama dengan papa, awal bulan tiga hari tu kita dapat berita gembira iaitu mama mengandung 9 minggu.

Happynya hanya tuhan saja yang tahu. Kalau diikutkan hati mama yang terlampau gembira ni, nak je mama updates status facebook shared dengan orang semua berita gembira ni.

Tapi sekali lagi papa pesan. Berita gembira ni biaq kita ja tau sebab kita tak tau yang dekat facebook kita tu mungkin ada yang dah kawen bertahun tahun masih belum lagi dikurniakan anak. Jadi kita jangan lukakan hati orang, sebab kita sendiri pernah rasa macam mana sedihnya bila tengok orang lain yang kawen kemudian dari kita dapat baby dulu. So, mama amek keputusan untuk tulis dalam blog je, sebab blog mama tak ramai yang tau, dan lagi pun mama taknak miss moment moment indah sewaktu awal kehamilan mama.

Nanti bila mama free mama cerita macam mana pengalaman di awal kehamilan. Kawan kawan semua doakan kesihatan mama dengan baby oke. Mama belum pergi scan lagi, insyaallah hari khamis ni. Mama tak sabar nak tengok baby membesar dalam perut mama. Dan paling tak sangka, mama dah nak jadi ibu. Doakan mama baik baik ye.


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Anniversary

Alhamdulillah...

Syukur yang teramat sangat di atas limpahan dan kurnia dari yang Maha Esa atas segala nikmat kebahagian di dunia. Walaupun pada awal perkahwinan actually masa nak kahwin (dalam tempoh bertunang) banyak dugaan yang mendatang, alhamdulillah jodoh di tangan Allah s.w.t bersatu juga kami sebagai suami isteri pada 20/3/2015.

Memang betul jodoh, ajal maut dan rezeki semua di tangan tuhan. Jadi jangan kita nak mendabik dada menidakkan segala ketentuannya.

Actually anniversary ni tiga hari yang lepas. Takdela sambut besar besaran sangat. Biasa je, pi makan makan, pi lepak lepak, mak mertua belanja makan. Hehehe.

Buat suami tercinta yang kalau terbaca blog ni kan (dia tak tau pun ceq ada blog) selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama kita. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dibawah lindungan yang maha Esa. Walau banyak dugaan serta kepayahan dalam berumah tangga yang dah kita lalui, isterimu ini akan sentiasa setia disisimu sehingga ke akhir hayat. Dan semoga jodoh kita berkekalan hingga ke jannah. Amin.


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .