Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:| Gushcloud |:.

Memang manusia

Aku manusia .

Yang tersedar akan kesilapan masa lalu .
Cuba betulkan silap yang lalu .
Cuba pasang kembali angan angan lalu .
Cuma perbaiki mana yang kurang pada masa lalu .
Tapi .
Masihkah aku punya peluang itu .
Atau mungkin akan dikecam manusia yang tidak setuju .
Lalu caci maki menjadi juadahku .

Aku manusia

Yang peduli akan keliling .
Kerana aku tak mahu manusia lain pusing .
Atau menganggapku manusia asing .
Kerana itu akan membuat aku runsing .
Maka mulut akan mula bising .
Siang malam aku mengasing .
Makan minum tak ambil pusing .
Dan .
Aku tak rela menjadi isu kepada manusia yang lain , kerana hal itu sangat la runsing .

Aku manusia .

Yang tidak sempurna .
Namun tiada pula cacat cela .
Cuma aku manusia .
Yang tidak lepas dari dosa .
Tak lepas dari mulut berbisa .
Tak lepas dari sumpahan puaka .
Tak terlepas dari rasa kecewa .
Tak lepas dari dugaan bercinta .
Kerana aku masih manusia .
Yang sehingga berakhirnya dunia tetap hidup dengan dugaan dari Maha Esa .
Oleh itu , maafkan aku manusia .
Kerana aku memilih bahagia .

Ya .
Aku ingin sekali ini bahagia .


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

No comments: