Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:| Gushcloud |:.

Mama paling excited

'Bila lagi nak dapat baby ni, time muda muda macam ni laa dah kena usaha untuk dapat baby'

Mama sedih bila setiap kali orang ajukan soalan soalan  yang berkaitan bila nak dapat anak. Mama yang baru kawen tak sampai setahun pun sedih bila kena soalan macam ni, apatah lagi yang dah kawen bertahun tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak.

Papa selalu pesan, 'sabarlah, rezeki kita belum sampai, mungkin sebab Allah s.w.t sendiri tau yang kita masih belum mampu nak stabilkan rumah tangga kita, sebab tu dia belum kirim rezeki anak untuk kita, jangan sedih, sabar'. Masa mula mula dulu mama selalu nangis kat papa, sedih bila tengok kawan kawan yang kawen kemudian dari kita dah ada baby. Tapi papa rilex je, senyum. Dan macam biasa terus pujuk dan bagi nasihat. Sian papa jenuh layan kerenah mama.

Kitorang kawen tahun lepas, tak pernah plan untuk rancang keluarga. Memang sentiasa mencuba untuk rezeki anak. Alhamdulillah, mungkin betul kata papa, berkat sabar mama dengan papa, awal bulan tiga hari tu kita dapat berita gembira iaitu mama mengandung 9 minggu.

Happynya hanya tuhan saja yang tahu. Kalau diikutkan hati mama yang terlampau gembira ni, nak je mama updates status facebook shared dengan orang semua berita gembira ni.

Tapi sekali lagi papa pesan. Berita gembira ni biaq kita ja tau sebab kita tak tau yang dekat facebook kita tu mungkin ada yang dah kawen bertahun tahun masih belum lagi dikurniakan anak. Jadi kita jangan lukakan hati orang, sebab kita sendiri pernah rasa macam mana sedihnya bila tengok orang lain yang kawen kemudian dari kita dapat baby dulu. So, mama amek keputusan untuk tulis dalam blog je, sebab blog mama tak ramai yang tau, dan lagi pun mama taknak miss moment moment indah sewaktu awal kehamilan mama.

Nanti bila mama free mama cerita macam mana pengalaman di awal kehamilan. Kawan kawan semua doakan kesihatan mama dengan baby oke. Mama belum pergi scan lagi, insyaallah hari khamis ni. Mama tak sabar nak tengok baby membesar dalam perut mama. Dan paling tak sangka, mama dah nak jadi ibu. Doakan mama baik baik ye.


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

No comments: