Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:| Gushcloud |:.

Jawatan kosong Hospital Pulau Pinang

Ha..

Hampa baru habis belajar dan mencari kerja kosong ? 
Yang dah lama menganggur tapi belum bekerja ?
Yang mencari kerja baru ?

Tak kisah dengan jawatan apa janji bekerja ?

Nah ! 


Selamat mencuba warga Pulau Pinang dan sewaktu dengannya . 


Untuk lebih keterangan lanjut mengenai jawatan tersebut , boleh hubungi no yang telah tertera . 


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .



Alhamdulillah . 

Bila kita berdiam dan hanya memerhati tingkah dan laku seseorang bukan bermakna kita takut , kalah , salah dan bodoh . Cuma kita lebih suka berdiam dan tersenyum walaupun sakit hati sampai rasa nak memaki . 


Tapi ! 
Diam dan sabar ada batas dan tahapnya . Bila makin melampau kata katanya , dan bila mula kita bersuara ? Puuump ! Sekelip mata kita jadi jahat dimata depa yang sedang berLAKON sempurna malah suci hanya pada status dan wajah . Hati ? Hitam sehitam hitamnya .  


Ingat !
Aku takkan pernah kacau orang selagi orang tak kacau aku . Pikiaq sebelum cakap . Jangan buka sangat aib orang sedangkan aib sendiri ternganga bagi orang tengok . 


Satu ja nak cakap .
Aku atau hang yang sedang meroyan ? 


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Kesian si Pendengki !

DENGKI maksudnya :

Kedengkian kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yg amat sangat, niat jahat yg terpendam terhadap seseorang (disebabkan perasaan iri hati)


PENDENGKI maksudnya :

Pendengki (orang yg sifatnya) suka mendengki




Subhanallah , ramai orang yang macam ni kat dunia ni sekarang . Salah sorang tu adalah hang .


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Jodoh rahsia Allah s.w.t

Assalamualikum ....

Alhmadulillah syukur ke atas illahi , akhirnya kami telah sah menjadi suami isteri (macam mimpi) . Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis kami dari adik beradik , sepupu sepapat , kawan kawan dan semua jiran jiran tetangga yang banyak membantu . Jasa hampa semua hanya tuhan ja yang mampu membalasnya . Terima kasih jugak kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis kami . Terima kasih sudi datang . Maafkan kami diatas segala kekurang yang sengaja atau yang tidak disengajakan sepanjang berlangsungnya majlis kami . Terima kasih jugak pada yang mendoakan kebahagiaan kami .
Terima kasih semua .

Jodoh rahsia Allah .

8 Tahun kami bercinta , pernah putus di tengah jalan , pernah bergaduh sakan , pernah cakap taknak kembali bersama walau apa pun yang terjadi . Tapi kuasa Allah s.w.t kami bersatu sebagai suami isteri . Sesungguhya kita insan yang kerdil , apa yang kita rancang kalau bukan dengan izinnya tak menjadi jugak . Aku percaya jodoh .Dan ini adalah jodohku . Walaupun perjalanan kami masih baru insyaallah dengan izinnya jua kami akan tempuhi suka duka bersama . Pada yang mendoakan kebahagiaan kami terima kasih dan semoga Allah s.w.t memberikan anda kebahagiaan dunia akhirat . Pada yang sebaliknya , percayala , ini takdir Allah s.w.t . Rezeki , jodoh , ajal dan maut semua rahsia Allah . Jangan kami didendam , jangan kami dibenci , walau sesulit mana untuk menerima kenyataan , percayalah dengan setiap yang berlaku ini adalah ketentuaan Allah . Di sini saya juga mendoakan agar bahagia menemui anda kelak dan anda bahagia selalu disamping jodoh yang sudah di berikan pada anda .




#maafkankamisupayakamitidakjadibayangananda
#lyndaariey #wedding #kamidahkahwin #20march2015 #savethedate #terimakasihsemua #muahciked


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .