Tip Ruam Susu
My boy
Mummy can feel you!
Dah 5 bulan.
Badan still maintain. Perut belum lagi menonjol. Mummy nampak macam awek muda remaja sampai sempat lagi budak jual roti canai tu nak tackle mummy. Tu la daddy, tak mau turun sekali, kan mummy dah kena ngorat. Hihihi
Apa yang excited sangat mummy bila dah masuk 5 bulan ni? Mummy dah boleh rasa junior move. Hihi. Mummy is so excited oke. First day mummy rasa junior move masa mummy ada checkup dekat Klinik Kesihatan hari selasa lepas. Mummy ingat maybe sebab pakai kain ketat & junior rasa tak selesa. Tapi petang tu, mummy rasa macam ada oramg ketuk ketuk perut mummy bagi salam 'Assalamualaikum' dari dalam. Sampai mummy terjawab 'Waalaikumussalam' dalam hati la.
Daddy?
Bila dia tau junior dok kick mummy, dia apa lagi, amek stetescope dok letak dekat perut mummy sebab nak dengaq junior move. Tapi junior malu malu nak move bila daddy sentuh. Senyap jeee.
Junior.
Semalam mummy sakit perut sangat. Sian daddy berjaga semalaman dok urut mummy. Pujuk pujuk mummy bila meragam. Sampai daddy terlelap. Siann daddy.
Maktok pulak?
Dok sibuk suruh mummy ukur lilit perut mummy sebab katanya nak nampak kedepan perut mummy. Bila mummy ukur pinggang dah naik ke 5cm extra. Mummy sedih ke sebab dah gemok? Hahaha. Mana ada. Mummy tak sabar nak chubby. Sebab ramai cakap mummy keding.
Tok abah?
Biasalah malam malam. Sibuk dok makan ubat dia. Nanti mummy nak kena teman tok abah checkup lagi. Sian tok abah. Tok abah pun sakit jugak.
Acu shidah?
Dok tengok dia semanis honey. Apa yang best sangat pun entah. Bila mummy jalan depan dia, sibuk dia kata takut tengok perut mummy yang baru memboyot ni. Dia tak tau, mummy dah plan nak pakai seluar seluar dia bila perut makin boyot nanti. Hehehe.
Junior.
Mummy tak sabar nak jumpa. Mummy love sangat. Sangat sangat tau. Bukan sikit sikit macam love kat daddy. Eh. Hahaha. Kat daddy pun love jugak. Love sangat kat daddy. Kalau tak love nanti orang caras pulak. Hehehe.
Jumpa bulan 10 nanti oke junior. Love. Mummy.
3 months old
Happy three months old my baby.
Dah tiga bulan baby dalam perut mummy. Hari ni mummy rasa badan mummy dah mula mengembang. Baju mula mengetat. Badan mula rasa padat. Makan banyak lagi rasa padat.
Tapi mummy happy. Loya loya mummy dah tak da. Tapi mummy perasan dua tiga menjak ni daddy asyik muntah muntah, pening, rasa macam x larat, macam mummy rasa mula mula dulu. Tah tah alahan mummy pindah kat daddy kot. Hehehe. Siannnnn daddy.
Sekarang mummy dah start minum susu. Untuk mummy dan baby. Baby suka tak?
Semoga membesar dengan sihat ye baby. Mummy tak sabar nak jumpa baby. Nak tau macam mana rupa awak nanti. Hehe
Mama
Bila cakap
Mungkin sebab kita diam, makin menjadi jadi pulak perangai dia.
Tahu. Awak HOT. Ramai keliling pinggang.
Tapi takkan bila setiap kali awak tukar pasangan hidup, awak perlu cerita kisah cinta awak dengan pasangan lama awak yang tak menjadi tu. Mencanang kononnya dia kejam pada awak dan pasangan yang dipilihnya tu la penyebab hubungan yang tak terjalin tu. Cakap dah move on. Jadi buat cara dah move on.
Itu baru hal cerita dekat pakwe, belum lagi isu cerita dekat member member. Aib orang jangan dibukak sangat. Takut tak tertutup aib sendiri nanti. Kawan kawan pun bukan main, melebih lebih dari orang yang menanggung. Setakat jadi pendengar cukup la. Tak payah mengapi api. Jadi kawan pliz, jangan jadi syaitan.
Ingat.
Allah Maha Berkuasa, Maha Mengetahui.
Cukup cukup la.
Takut tak tertanggung dosa memfitnah orang nanti.
Mama paling excited
'Bila lagi nak dapat baby ni, time muda muda macam ni laa dah kena usaha untuk dapat baby'
Mama sedih bila setiap kali orang ajukan soalan soalan yang berkaitan bila nak dapat anak. Mama yang baru kawen tak sampai setahun pun sedih bila kena soalan macam ni, apatah lagi yang dah kawen bertahun tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak.
Papa selalu pesan, 'sabarlah, rezeki kita belum sampai, mungkin sebab Allah s.w.t sendiri tau yang kita masih belum mampu nak stabilkan rumah tangga kita, sebab tu dia belum kirim rezeki anak untuk kita, jangan sedih, sabar'. Masa mula mula dulu mama selalu nangis kat papa, sedih bila tengok kawan kawan yang kawen kemudian dari kita dah ada baby. Tapi papa rilex je, senyum. Dan macam biasa terus pujuk dan bagi nasihat. Sian papa jenuh layan kerenah mama.
Kitorang kawen tahun lepas, tak pernah plan untuk rancang keluarga. Memang sentiasa mencuba untuk rezeki anak. Alhamdulillah, mungkin betul kata papa, berkat sabar mama dengan papa, awal bulan tiga hari tu kita dapat berita gembira iaitu mama mengandung 9 minggu.
Happynya hanya tuhan saja yang tahu. Kalau diikutkan hati mama yang terlampau gembira ni, nak je mama updates status facebook shared dengan orang semua berita gembira ni.
Tapi sekali lagi papa pesan. Berita gembira ni biaq kita ja tau sebab kita tak tau yang dekat facebook kita tu mungkin ada yang dah kawen bertahun tahun masih belum lagi dikurniakan anak. Jadi kita jangan lukakan hati orang, sebab kita sendiri pernah rasa macam mana sedihnya bila tengok orang lain yang kawen kemudian dari kita dapat baby dulu. So, mama amek keputusan untuk tulis dalam blog je, sebab blog mama tak ramai yang tau, dan lagi pun mama taknak miss moment moment indah sewaktu awal kehamilan mama.
Nanti bila mama free mama cerita macam mana pengalaman di awal kehamilan. Kawan kawan semua doakan kesihatan mama dengan baby oke. Mama belum pergi scan lagi, insyaallah hari khamis ni. Mama tak sabar nak tengok baby membesar dalam perut mama. Dan paling tak sangka, mama dah nak jadi ibu. Doakan mama baik baik ye.
Anniversary
Alhamdulillah...
Syukur yang teramat sangat di atas limpahan dan kurnia dari yang Maha Esa atas segala nikmat kebahagian di dunia. Walaupun pada awal perkahwinan actually masa nak kahwin (dalam tempoh bertunang) banyak dugaan yang mendatang, alhamdulillah jodoh di tangan Allah s.w.t bersatu juga kami sebagai suami isteri pada 20/3/2015.
Memang betul jodoh, ajal maut dan rezeki semua di tangan tuhan. Jadi jangan kita nak mendabik dada menidakkan segala ketentuannya.
Actually anniversary ni tiga hari yang lepas. Takdela sambut besar besaran sangat. Biasa je, pi makan makan, pi lepak lepak, mak mertua belanja makan. Hehehe.
Buat suami tercinta yang kalau terbaca blog ni kan (dia tak tau pun ceq ada blog) selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama kita. Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dibawah lindungan yang maha Esa. Walau banyak dugaan serta kepayahan dalam berumah tangga yang dah kita lalui, isterimu ini akan sentiasa setia disisimu sehingga ke akhir hayat. Dan semoga jodoh kita berkekalan hingga ke jannah. Amin.
Foodhunter
Memang entah sejak bila tak tau jadi 'Foodhunter' ni. Nak kata pregnant tak sampai rezeki lagi. Tapi bila tengok makanan ja terlioq. Sampai siap buat list la kedai mana nak pi. Pastu pantang tengok ada kedai baru bukak semua nak pi try. Nasib la dapat suami yang rajin melayan, dia pun join sekaki.
Dekat penang ni memang macam syurga makanan. Nak makan apa semua ada. Jawa ka, mamak ka, siam ka, apa ka semua ada. Tapi! Nasi kandaq penang paling sempoi. Mana nak dapat serupa Penang ni.
Dalam banyak banyak nasi kandaq dekat penang ni, satu ja yang menjadi idaman serta suri dia hati ni. DEEN MAJU. Harga yang murah dan berpatutan dan sedap. Ish, kalau nak cerita pun tekak kita bukan sama. Ada sesetengah orang tak suka, depa suka Nasi Kandaq Kayu (nak listkan nasi kandaq kat penang ni kalau 10 page pun tak cukup***oke tipu).