Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:| Gushcloud |:.

Maaf

Kita manusia suka sangat mintak maaf . Tapi sebenarnya kita sendiri tak faham apa itu mintak maaf . Aku juga bergitu . Hari ni aku mintak maaf , esok lusa aku melakukan kesalahan lagi . Lepas tu mintak maaf lagi . Adil kah ?

Berfikir .

Aku juga kadang kadang menerima maaf dari manusia . Tapi terkadang aku sendiri tak mampu nak memaafkan sesama manusia . Dan . Aku terus berfikir . Adakah apabila orang sudah memohon kemaafan maka terlepas laa dia dari kesalahannya ?

berfikir .


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Terlampau

Terlampau .

Terlampau sayang .

Terlampau cinta .

Terlampau rindu .

Terlampau percaya .

Terlampau curiga .

Terlampau cemburu .

Terlampau bahagia .

Ini semua bahaya .
Kelak menyiksa jiwa .
Ya Allah .
Bantulah hamba .


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Memang manusia

Aku manusia .

Yang tersedar akan kesilapan masa lalu .
Cuba betulkan silap yang lalu .
Cuba pasang kembali angan angan lalu .
Cuma perbaiki mana yang kurang pada masa lalu .
Tapi .
Masihkah aku punya peluang itu .
Atau mungkin akan dikecam manusia yang tidak setuju .
Lalu caci maki menjadi juadahku .

Aku manusia

Yang peduli akan keliling .
Kerana aku tak mahu manusia lain pusing .
Atau menganggapku manusia asing .
Kerana itu akan membuat aku runsing .
Maka mulut akan mula bising .
Siang malam aku mengasing .
Makan minum tak ambil pusing .
Dan .
Aku tak rela menjadi isu kepada manusia yang lain , kerana hal itu sangat la runsing .

Aku manusia .

Yang tidak sempurna .
Namun tiada pula cacat cela .
Cuma aku manusia .
Yang tidak lepas dari dosa .
Tak lepas dari mulut berbisa .
Tak lepas dari sumpahan puaka .
Tak terlepas dari rasa kecewa .
Tak lepas dari dugaan bercinta .
Kerana aku masih manusia .
Yang sehingga berakhirnya dunia tetap hidup dengan dugaan dari Maha Esa .
Oleh itu , maafkan aku manusia .
Kerana aku memilih bahagia .

Ya .
Aku ingin sekali ini bahagia .


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Sedar diri

Aku memang degil . Malah sangat dengil . Bukan aku tak pernah cuba kikis segala sifat mahmudah ni , kadang kadang aku rasa macam dah insaf sikit , kadang kadang aku rasa macam aku tak perlu nak bertolak ansur dengan manusia yang degil yang sifatnya lebih kurang sama macam aku .hmmmmm .  You know why* puii speaking . Sebab pada aku bila orang degil ni , kalau kita bertolak ansur dengan dia , sifat degil tu sampai kiamat *nauzubillah , takkan berubah . Macam aku , tapi aku tetap akan berubah . Hari ni bila kita sedar sifat degilnya tu memudaratkan kita maka akan berjanji lah kita untuk berubah , tapi seminit kemudian kita akan kembali degil . Ego .

"kalau kau piat telinga manusia spesis degil ni sampai putus pun takkan ada gunanya juga , degil tetap degil " .

Tapi aku manusia , bila aku tak berdegil aku ditindas manusia . ye , manusia yang punya dua tangan , dua kaki , dua mata , dua lubang hidung , dua lubang telinga , satu jantung dan satu hati , manusia yang sama seperti aku . Jadi maafkan aku kalau aku masih berdegil . Kerana aku tak mahu ditindas .


p/s : Sakit pipi aku bergelak sakan hari ni , nak menangis apa aku malam nanti .


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Nurkilan si isteri

Tak usah bicara tentang payung emas

Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah... mudah menyebut kun fa ya kun..
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggubgjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasing darimu kerana dia
Sucinya aku , kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia , kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan

p/s : Pasti akan tersentuh hati sesiapa sahaja yang membaca . Isteri mana yang mahu diduakan . Aku yang bercinta juga tak rela diri diduakan .
~mengalir air mata gadis saya

Nurkilan Dayana isteri pertama ashraf muslim . Sesama kita doakan kebahagian rumah tangga mereka . Amin


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Curang

A: Oh mai god , oh mai god , oh mai god ! Lucas nak datang Malaysia !

B: woi , kau ni langsung tak support pemain malaysia laa .

A: eleh , aku excited sebab lucas nak datang mesia je . Bukan aku nak support chelsea walau aku peminat chelsea . Takkan tu pun salah .

B: Tak salah , tapi kalau pemain kita dengar , kecik hati dorang .

A: Aku bukan retis sampai setiap percakapan aku dorang dengar .

B: Mana la tahu kan .

A: Eleh engkau , kira aku oke lagi la minat si Lucas dari engkau yang syok habis dekat Karim si Nepal tu ape pulak citanya .

B: *mana peaah ni tahu .

........

Selamanya selamanya , selamanya harimau malaya .

selamanya selamanya , selamanya sokong malaysia

mari kita sokong mesia , menang kalah belakang kira .


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Berfikir

Biadap sangat kah kata kata ku ?

Kejam sangatkah susunan ayat ku ?

Tiada perasaan kah penulisan ku ?

atau

Egokah barisan ayat yang ditatapkan untukmu pada pikiranmu ?

Ke langit aku mendongak ? sungguh langit itu tinggi . Sungguh langit itu luas . sungguh aku berasa kerdil di bawah naungan yang Maha Esa . Aku terkedu , memikir mengapa begini jadinya ? Namun aku siapa untuk menidakkan segala ketentuannya .

Titik .

Andai ini ujiannya , berikan kekuatan dimana aku bisa berdiri senyum tanpa sebutir mutiara di wajah .

Tersenyum * kelat dalamannya *


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Jangan

Jangan....

Jangan dikejut aku dari mimpi ini
Biarkan aku terus bermimpi , biarkan aku terus mencorak mimpi aku ini 
Kerana aku bahagia dengan mimpi yang aku cipta tanpa pengarah malah tukang arah .

Jangan.....

Jangan menganggu takkala aku sibuk menyulam angan angan . 
Biarkan angan angan ku seakan mat jenin , namun aku selesa bergitu .

Jangan....

Jangan membebel takkala aku leka dengan harapan . 
Biarkan aku terus berharap kerana hanya itu sahaja yang aku punya saat ini .




Jangan ..... Jangan...... dan Jangan......






Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

TERSEDAR

Terkadang aku sedar tak semudah itu melupakan kenangan .

PAHIT ? teramat sangat .

MANIS ? terbanyak sangat .

Terkadang aku sedar tak semua disekeliling aku suka apa yang aku suka .

SUKA ? maybe yang memahami je .

TERSUKA ? terpaksa suka kerana aku dah suka

TAK SUKA ? nampak macam ramai . tapi abaikan mereka .


Dan hari ini aku sedar.....

macam kerap sangat aku updates blog belakangan ini .  byeee


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

sambungan ramadhan

mercun bola yang kami baling tu bunyinya kuat sebab kami letak mercun tu betul dalam tin susu . memang kuat .

Lepas tu lampu rumah makngah menyala . Tapiii.... bukan setakat lampu rumah makngah ja , lampu jiran jiran lain pun menyala .

Tetiba nampak satu kelibat manusia keluar dari rumah makngah

" Sapa yang main mercun pagi pagi ni ha ?! "

" Diam diam , kita jangan keluar lavi , nanti makngah tau "

Kami terus menyorok . Tapi , tiba tiba ....

"Lindaaaaaaaa , shidaaaahhhh "

Dengar suara arwah tok panggil dari jauh , apa lagi , hancussss plan kami nak sembunyi . Pelahan lahan kami keluar , dan !

"owhhhh , hampa la punya kerja dok main mercun pagi pagi buta ni ? apa dah tak dak keja lain ka ? blaa blaa blaa blaaa "

Teruk kami kena bebel siang tu ... hahahaha . seronok bila kenang zaman kanak kanak ni . okelah . nak balik kerja dah ni , nak pergi shopping bazar ramadhan . Selamat berpuasa


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdullilah dengan izin tuhan lynda masih lagi diberi kesempatan berpuasa .

Lynda ingat lagi dulu masa zaman kecik kecik , hari first puasa mesti akan bersemangat bangun sahur sesama dengan arwah tokwan dan tok . Bila sahur je kena makan banyak supaya boleh tahan lapar sampai waktu berbuka nanti . Zaman lynda dulu bulan puasa da start cuti sekolah . *macam dah tua sangat pakai zaman* . Macam kanak kanak zaman dulu , bangun je pagi layan kartun , habis kartun cari kawankawan untuk aktiviti keluarkan peluh iaitu BERMAIN PONDOK PONDOK * bahasa orang utara* .

Macam zaman lynda kami bersungguh sungguh puasa sebab pakcik pakcik janji akan bagi duit raya penuh kalau puasa penuh . Zaman tu , kanak kanak mudah tertipu . Tapi pakcik pakcik lynda sentiasa menepati janji .

Lynda ingat lagi , ada satu hari tu lepas sahur , lynda dengan kawan kawan keluar main mercun . Time sahur tau , bukan lepas berbuka . Kawan lynda ni lelaki , lelaki biasala dengan mercun bola , kita perempuan setakat boleh main mercun mancis tu dah dikira hebat dah . sambung cerita.... cadangnya kami pagi tu nak kejut jiran jiran la bangun sahur , kami main mercun bola .

"Kita baling depan rumah makngah laa sebab rumah dia ja yang gelap macam tak bangun lagi"

"mesti jam loceng tak bunyi"

sumbu mercun bola diletakkan pada api .

"lariiiiiiiiiiiiii......"

"keeebaaaaabooooommmm "

"nyorok nyorok"





to be continue ....
kena sambung kerja


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Cinta Lama Kembali

Apa rasanya bila cinta lama kembali ?

Apa rasanya bila kekasih lama menagih kasih kembali ?

Apa rasanya bila hati juga berkehendak sedemikian ?

TAKUT... MALU....

Malu dengan diri sendiri , malu dengan manusia sekeliling ...

Tapi siapa kita untuk melawan takdir ?


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .