Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:| Gushcloud |:.

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdullilah dengan izin tuhan lynda masih lagi diberi kesempatan berpuasa .

Lynda ingat lagi dulu masa zaman kecik kecik , hari first puasa mesti akan bersemangat bangun sahur sesama dengan arwah tokwan dan tok . Bila sahur je kena makan banyak supaya boleh tahan lapar sampai waktu berbuka nanti . Zaman lynda dulu bulan puasa da start cuti sekolah . *macam dah tua sangat pakai zaman* . Macam kanak kanak zaman dulu , bangun je pagi layan kartun , habis kartun cari kawankawan untuk aktiviti keluarkan peluh iaitu BERMAIN PONDOK PONDOK * bahasa orang utara* .

Macam zaman lynda kami bersungguh sungguh puasa sebab pakcik pakcik janji akan bagi duit raya penuh kalau puasa penuh . Zaman tu , kanak kanak mudah tertipu . Tapi pakcik pakcik lynda sentiasa menepati janji .

Lynda ingat lagi , ada satu hari tu lepas sahur , lynda dengan kawan kawan keluar main mercun . Time sahur tau , bukan lepas berbuka . Kawan lynda ni lelaki , lelaki biasala dengan mercun bola , kita perempuan setakat boleh main mercun mancis tu dah dikira hebat dah . sambung cerita.... cadangnya kami pagi tu nak kejut jiran jiran la bangun sahur , kami main mercun bola .

"Kita baling depan rumah makngah laa sebab rumah dia ja yang gelap macam tak bangun lagi"

"mesti jam loceng tak bunyi"

sumbu mercun bola diletakkan pada api .

"lariiiiiiiiiiiiii......"

"keeebaaaaabooooommmm "

"nyorok nyorok"





to be continue ....
kena sambung kerja


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

No comments: