Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:| Gushcloud |:.

saya berhenti kerja

Hari ini adalah hari terakhir aku di KWE ni . Lepas ini aku akan melangkah pergi jauh meninggalkan dunia kerja ini . #poyo .

Pou ni laa yang akan selalu aku akan main dekat phone kesayangan aku ni ha . Siap lawan dengan bos aku lagi pau sapa lagi cun melecun kaya maya . Tapi disebabkan hari ni merupakan hari terakhir makanya boss aku menjadikan pau aku pau kaya . *sila perhatikan duit yang terpapar pada pau diatas * . Kaya kan . Kaya kan . Sebab tu boleh beli baju cantik , rambut cantik , lampu tido cantik , ehh , bak kata pau , semua cantiklaahhhh . Hehehehe #cover gelak .

Tapi.......
Hati ni tetiba pulak rasa sebak , sebak nak tinggalkan orang orang gila dalam office ni . Ehh . Kenapa aku kata orang gila .

"aku hanya panggil orang gila ja datang interview untuk kerja sini , yang tak gila tak boleh kerja sini" boss

Haaa , tapi aku bukan orang gila , aku hanya nurse kepada orang orang gila kat office aku tu ja . Kah kah kah . Sayu nya hati , tapi ini semua untuk masa depan aku , jadi aku pilih untuk pergi .

Tak boleh create panjang panjang dah . #sedih

Panjang umur jumpa lagi . Sayang semua yang ada di KWE . ehh

Hahahahah

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

kesakitan

Kepala berat badan apatah lagi , malas terus nak bergerak ke dapur nak cari makan walaupun perut dah bergangnam style . Dengan bau selimut plus bau bantal mussyyuuukk musyuuuk masyaaammm ni lagi laa rasa malas nak gerak ke dapur tu .


Kalau la ada husband . Ermmmmm

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Pasti ada jalannya

Gembira ....
Semu pasti inginkan kegembiraan , semua pasti mahukan kebahagiaan , semua pasti hidup dalam suka ...

Tersenyum ....
Hanya itu dapat menutup luka , hanya itu mampu juga menzahirkan bahagia saat mulut susah tidak berdaya untuk berkata

Bersedia ....
Saat hidup mula bermasalah , hati mula terluka , jiwa mula memberontak , sakitnya , bersedialaa untuk berhadapan dengannya .

Menangis laaa
Andai itu dapat melegakn hati yang sarat berduka . Berdoalah semoga diberi kekuatan untuk berhadapan dengannya


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Aku dengan kamera ? Sinonim dah . Bila dah mula bergambar mana boleh nak distop selagi belum puaskan . Dengan itu pelbagai gaya mimik muka yang akan digayakan dengan overnya tanpa memikirkan mata yang memandang .  Kah kah kah #gelakjahat

Siap mangsa ? Orang yang memegang watak sebagai cameraman nye laa .

Farish : kak yong ni asyik baby ja amek gambar kak yong , penat laaa #mukapenat

Aku : ala baby , nanti kak yong belanja keropok dengan ice cream #angkatkening

Farish :Buat la gaya kak yong peace kak yong . #muka bahagia

#cameraman kecik aku ni senang je , cakap je nak belanja keropok apa pun jalan .

Ha ha ha ha

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .

Terkedu

Hampir 4 bulan  aku bergini , ya hampir . Tersadung , terjatuh , terluka , sakit lalu menangis . Aku masih disitu , ditempat yang sama aku terjatuh . Menangis menahan sakit . Mengesat air mata , menahan pedih kerana terluka . Namun kali ini lukanya besar bahkan susah untuk dirawat , jadi aku terus menangis tanpa henti . Setelah puas aku menangis , aku mencuba bangun dari situ . Ternyata sukar , pedihnyaa ... Sakitnyaa.. Aduh ...

Tiba tiba ...

Satu tangan dihulur...... lalu aku mendongak melihat siapakah , dari manakah dan kenapakah dia menghulurkan tangannya untuk membantu aku yang telah terjatuh tadi ? Perlukah aku mengapainya? Aku masih tertanya . Siapakah dia ? Utusan dari siapa ? Makhluk asing planet manakah ? Lama aku memerhati . Hati ku berbisik lagi , perlukah tangannya aku sambut? Dia masih menghulurkan tangannya bersama sebaris senyuman .

Aku binggung , dan masih binggung ...
Tangannya ku sambut , lukaku dirawat , namun parutnya masih terkesan . Adakah bisa sembuh ? Mungkin juga tidak ..

Terima kasih .


Tenkiu sudi baca . Komen dan Like kalau suka .